Wednesday, March 16, 2011

reality belonged ugly duckling

Pada suatu ketika dahulu, ada seekor anak itik yang huduh bernama Bear.


Beliau sebenarnya takde laa huduh sangat pon, tapi agak huduh laa. ok, dijadikan cerita, beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang memang asal usulnya itik. Mereka semua cantik2 dan hensem2 kira macam oke oke laa, tak sehuduh si Bear ni yang penting.

Sebab ahli keluarga Bear ni macam orang2 beriman yang redha dengan ketentuan Ilahi, mereka menerima seadanya rupa paras Bear yang kurang cantik ni. Ibu Bear juga sangat menyayangi Bear sama seperti anak-anaknya yang lain.


"Well, sekurang-kurangnya aku xcacat.." kata Bear menyedapkan hati sendiri.

Beliau bersyukur dikurniakan dua kaki untuk berjalan, sepasang sayap untuk..err..mengangkat tangan?..(itik kan xbuleh terbang). Walaupun tak cantik, beliau bersyukur dikurniakan mata untuk melihat, paruh untuk mematuk dan idung yang walaupun xmancung pipi tersorong-sorong untuk menghidu dan bernafas di Bumi ciptaan Tuhan ini.

Sejak zaman sekolah, beliau tak banyak kawan..sebab beliau huduh kot (sebenarnya sebab beliau xpandai cakap..orang pon takot laa nak cakap ngan beliau), orang xmau kawan ngan beliau. Takpe Bear tetap redha. Sekurang-kurangnya ada laa jugak dua tiga ekor anak itik yang macam sudi berkawan dengan dia.


Dijadikan cerita, Bear masuk universiti. Di sini, beliau belajar untuk hidup sendiri. Belajar berdikari. Bear jumpak kawan2 baru. Kat sini jugak laa Bear dapat dan belajar pasal persahabatan sebenar. Beliau tersangat laa gembira sebab ada orang sanggup jadik kawan beliau dan kawan rapat lak tu.

Kalau dulu, orang pegi makan ke, bagi nota ke, Bear akan salu ketinggalan atau jadik orang last sebab beliau huduh "invisible", orang salu lupa dan tak nampak beliau. Tapi sekarang, beliau ada kawan2 yang kira macam takde laa Bear rasa yang beliau "invi" lagi. Walaupon kengkadang tak salu itik2 lain nampak beliau "online" walaupun beliau memang sebenarnya tengah "online", tapi takpe laahh Bear dah biasa dengan perasaan dan layanan "invi" sejak dahulu kala lagi. Kira macam dah imun gak laa. Jadi, Bear meneruskan hidupnya seperti biasa bersama geng2 EAR-ang<---(nama geng a.k.a kawan2 baek Bear) nya.

Semakin beliau membesar, Bear belajar menjadi seekor itik yang ada perasaan..marah, sedih, tak puas ati, tak suka, jadik semakin jahat etc. Tak laa jahat sangat, tapi kira tak sebaik dan senaif dulu la. Bila tengok orang cantik, beliau macam jeles sket aa..

"Kan best kalau aku cantik cam dia.." kata Bear sambil memandang awek itik cun kat depan beliau.


Kalo dulu, Bear cuma taw gembira dan takde perasaan je. Dua tu je perasaan yang ada kat beliau. Kira cam itik robot sket aa ati beliau ni..Tapi skang dah pandai bermacam2 perasaan. ish3~

Hidup tak selalu gembira. Biasa laa nama pon idup kan. Suatu hari, Bear bergaduh dengan kawannya. Beliau telah menyakiti hati kawan kesayangannya dan beliau rasa amat bersalah sekali. Tapi syukur, kawannye baik. Dia memaafkan Bear.

Bear gembira kawannya masih sudi berkawan dengan nya lagi. Setiap kali kawan Bear tak best ke nangis ke, Bear pon rasa nak nangis gak. Pedih dan sebak hatinya melihat kawannya tak best..

Suatu hari Bear ternampak seekor anak itik yang hensem. Baginda begitu comel lagi baik hati. Seperti anak itik lain yang mempunyai hati dan perasaan, beliau pon terjatoh dalam kawah minyak panas hati dengan mamat itik tersebut.

impian dalam bayangan Bear..

Setelah beberapa lama berkawan (BERKAWAN..takde unsur2 bercinta ke apa) dengan mamat itik tersebut, beliau semakin lama sedar akan kehuduhan dirinya. Yela, mamat itik tu kan hensem..rasa macam tak layak laa. Pastu, akhirnya Bear yang kuciwa ni pon buat keputusan..nak buat pembedahan plastik.

Mula2 Bear saja buat gimik je konon nak pegi jumpa pergi jauh..bajet cam akan ade orang akan hentikan beliau aa, tapi takde orang peduli pon..


jadi beliau pon..


PEGI JELAH.

Dalam perjalanan nak pegi jumpak doktor pembedahan plastik, Bear kena tangkap ngan makcik jual itik panggang kat kedai sebelah pasaraya atas bukit tepi padang rumput.

"hiiyakKKK!!"..quaakk3!

Bear rasa sangat menyesal kerana bertindak mengikut perasaan. Memang tamat laa riwayat beliau ni..mimpi laa lam reality leh lari ngan selamat. Memang takde harapan dah. Beliau hanya mampu mengucap banyak dan menunggu dicampakkan lam baldi kuali..ehh periuk. Moga dapat mati lam iman..amin~

Tapi tanpa disangka, makcik yang tangkap Bear tetiba rasa nak pegi toilet. Takleh tahan dah. Dia tinggal laa jap Bear kat tepi meja. Nenek kepada makcik jual itik panggang yang melihat insiden ini terkesian kat Bear (sebenarnya tak sanggup dan tak lalu nak makan Bear yang huduh sangat) lalu melepaskan Bear.


Bear lari laju2 sampai terjatuh lam lopak air. Beliau menangis tersedu-sedu, esak2, meraung2.. Beliau sangat menyesal dan terasa sangat rindukan ibu dan geng2 EAR-ang nya. Beliau berfikir sejenak, apekah kelayakan dan motif beliau nak mengubah ciptaan Tuhan ini?..Jadik, beliau pon pulang ke rumah..

"huaa~ saya rindu ibu!! maafkan saya!!" 
Sesampainya ke rumah, sume orang memeluk Bear. Rindu sebenarnya mereka ni kat Bear. Rupa2 nya itik2 sekalian yang lain tak menghalang pemergian Bear kerana mereka tengah sebok mencari anak tikus yang terlepas dari kandang harimau..takde masa nak layan drama pendek si Bear. Tak tau lak mereka bahawa Bear betol2 akan belahh.

Bear menangis terharu mendengar penjelasan mereka.

"yeke?.." uhukk
Beliau mengambil keputusan untuk melupakan sume benda2 yang tak layak untuk dirinya itu dan berimpian untuk meneruskan hidup bersama geng2 EAR-ang kesayangannya dan ibunya yang tercinta selain cintanya kepada Tuhannya.

Hidup Bear bukan lagi kosong dan tak bermakna kerana beliau ada mereka bersamanya yang beliau pasti mereka juga menyayangi Bear seperti mana Bear menyayangi mereka.



-The End-

"Hidup ini bukan lah suatu kisah dongeng yang selalu berpenghujung indah2 belaka. Bear tidak berakhir dengan menjadi seekor swan yang cantik, tapi beliau menemui hidup yang lebih baik dalam jasad yang sama. Dan bahawa, masih ada tempat untuknya meneruskan hidup bersama mereka yang menyayanginya. Bukan sendiri dan keseorangan."

No comments:

Post a Comment