Saturday, November 10, 2012

Hati Itu Rindu..

Hati itu rindu
walau hanya sebentar
atau sedikit cuma
perkenalan di dunia
pada mereka yang turut merindukan Dia.


Hati itu rindu
walau sejauh mana hati dibawa
namun kasih tetap dirasa
tanpa sebarang ungkapan
pada mereka keluarga tersayang.



Hati itu rindu
tika segenap waktu
suatu rasa yang datang
mengetuk rindu di hati
pada dia sang pemilik rusuk.


walau sejauh mana hati itu pegi
biar sekuat mana hati itu berlari
walau terkala hati tersasar
jatuh dan hilang
tidak dapat dikesan GPS
dalam setiap degupan jantung
jauh di sudut jiwa
hati itu rindu
untuk kembali
pada Dia pemilik segala isi dunia.

Wednesday, November 7, 2012

Dia yg Kusayang di Sana.

Kadang2 terasa aneh bagaimana suatu perhubungan atau kasih sayang itu tercipta. Kan? 

Kasih syg yg terjalin kerana-Nya. 

Melalui blog beliau, aku mula mengenali insan ini. dulu zaman sekolah, kenal muka je. comel. pandai. suka dia. tapi tak pernah kenal beliau, diri beliau yg sebenar. beberapa tahun berlalu, dan terbaca blog beliau. 

MasyaAllah. 

Aku menangis membaca tulisannya. setiap yg diceritakan, yg disampaikan buat air mata aku tak berhenti mengalir. basah je pipi aku membaca setiap post2 beliau. bait2 kata yg mendalam. menyentuh lembut hati ini. 

Kisah yg disampaikan buat aku inspire, buat aku bersyukur atas setiap nikmat yg Allah berikan. Betapa banyaknya. super tak terkira. bukan aku tak tahu atau tak terfikir, tapi sebagai manusia yg alpa, aku lupa. itu sebabnya sebagai manusia, kita kena salalu diingatkan. terima kasih kamu di sana, atas ingatan yg diberikan. 

lembut. cukup lembut dan menyenangkan. warm je. 

Sepanjang perkenalan melalui blog & fb beliau, i started to developed a kind of kasih for her. kasih sayang yg terbina kerana-Nya. Subhanallah. Aneh kan? tak pernah jumpa, tak pernah bercakap.. bila semakin kenal, semakin sayang kepadanya - sebagai seorang hamba Allah, seorang akhawat. sayang kepadanya kerana Allah. Sungguh. 

Semoga kamu baik2 di sana, di mana pun kamu berada. semoga kamu dan keluarga kamu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya. ameen.

=')

Assalamualaikum!

The sky - my all time favourite!