Friday, April 15, 2011

Ya Allah, Aku Jatuh Cinta.

Telah lama ku pendam rindu ini..
Telah lama ku menyimpan rasa cinta ini..
Namun, tidak dapat ku luahkan tatkala tiada siapa yang sudi menerimanya..
Hatiku penuh cinta..
Tapi rasa itu umpama kosong..
Kerana cinta dihatiku minta dibalas…
Aku mencari dan terus mencari..
Siapa yang sudi menerima cinta ini…
Dan mengisi kekosongan hati ini…

Ku memberi cinta pada manusia…
Kepada keluarga dan sahabat..
Namun, cinta yang dibalas padaku…
Hatiku seakan tidak merasa puas dengan cinta itu…
Seolah-olah…cinta yang ku berikan…
Tidak dibalas…
Hati ini terus kekosongan…

Lalu, ku mencarinya di sebuah majlis ilmu…
Hatiku seakan terisi…
Aku berasa pelik dan aneh…
Sebelum ini pernah manusia memberi cinta padaku…
Namun hati ku seakan tidak puas…
Tapi…
Mengapa berada di dalam majlis itu…
Hatiku seakan tenang dan tidak lagi meminta dicari pengisi kekosongannya…

Apabila cinta dihatiku seakan dibalas…
Rindu pula bertamu…
Rindu itu membuatkan aku terus menerus mencari pengisian…
Cinta dan rindu itu membawa ku mengenal sesuatu…
Sesuatu yang tidak pernah ku rasakan sebelum ini…

Kini..baru ku tahu…
Hati ini hanya akan puas bila mencari cinta yang SATU…
Menyintai pemilik cinta ini..
Pencipta rasa cinta ini…
Hatiku terisi…cinta itu membahagiakan..
Rindu itu teramat indah..
Alangkah indah cinta pada Ilahi…
Tidak pernah terbayang difikiran ini…
Dapat merasakan indahnya erti sebenar CINTA itu…



credit to: azwa zakaria